Monday 11 April 2011

BIKIN '11 Menutup Tirai sesi 2010/2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya memudahkan urusan dalam merencanakan bengkel BIKIN '11 dan kerana takdir Allah jugalah maka berakhirlah bengkel BIKIN '11 bagi sesi 2010/2011.

Sekalung penghargaan jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, Mohd Yusof Hadhari bin Saidon dalam memberi ilmunya dalam dunia blogging ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam menjayakan bengkel BIKIN '11 ini. Tidak lupa kepada para peserta yang telah menghadiri bengkel ini selama dua hari bermula dari 9 April 2011 dan berakhir pada 10 April 2011.

Program BIKIN ‘11 ini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang mampu menjadikan blog sebagai platform medan dakwah. Mahasiswa yang dapat mempelajari sesuatu yang tiada dalam kuliah pembelajaran selain dapat mengetahui disiplin-disiplin dan etika dalam penulisan blog. Dengan ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam mempelbagaikan penyampaian dakwah supaya kita tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin mencabar.

Dengan ini, saya mengakhiri tulisan saya dengan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang menjayakan bengkel ini. 

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.
(Kita merancang Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang )

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment